Di dalam kuliah yang lalu, saya berpeluang memahami lebih mendalam mengenai ADDIE model. Terdapat banyak lagi model rekabentuk pembelajaran yang boleh digunakan. Antara model yang saya tahu dalam kuliah minggu ini adalah :
- ADDIE Model
- Nine Step of Instruction
- Dick and Carey Instructional Model
- ASSURE Model
- Gerlach and Ely Instructional Design Model
- Kemp Design Model
- Kirkpatrick Model : 4 Levels of Learning Evaluation
Cara pembelajaran pada minggu ini adalah sedikit berbeza di mana kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan apa yang diberikan oleh pensyarah mengenai Gagne's Nine Step of Instruction. Kami akan membincangkan setiap step yang ada dalam model itu dan pensyarah kami juga akan menghuraikan dengan lebih terperinci jika masih ada kekeliruan selepas ituu. Saya berasa teruja dengan perbincangan yang dapat membuka minda sebegini, kami lebih tertarik untuk belajar dan dapat menerima serta memberi pandangan masing-masing. Hubungan sesama rakan juga menjadi semakin rapat kerana kami bekerjasama di bawah satu kumpulan. Cara sebegini boleh diaplikasi dalam sessi pengajaran dan pembelajaran di sekolah apabila menjadi tenaga pengajar suatu hari nanti.
Untuk bahagian seterusnya, kami sekelas dikehendaki mencari perbezaan dan persamaan antara model-model lain yang telah diberikan di atas ini. Sebenarnya,terdapat banyak cara dalam merekabentuk pelan pengajaran dan pembelajaran, terpulang kepada kita mahu mengadaptasikan model yang manna pun.Setiap cara itu walaupun berbeza mempunyai suatu persamaan juga seperti tujuan atau objektif, menilai kefahaman pelajar, menerangkan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment