Thursday, December 13, 2018

REFLEKSI MINGGU 3 (12/10/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pada minggu ini, saya akan membuat refleksi mengenai perkara-perkara yang diperlukan dalam membuat satu kurikulum. Kurikulum yang terbaik sudah tentu yang dapat memberi makna kepada mereka yang terlibat atau mendapat pengalaman daripada kurikulum itu seperti para pelajar.



Terdapat tiga aspek penting dalam menjana pengalaman pembelajaran yang berkesan, iaitu elemen, proses dan juga reka bentuk. (Abu Bakar Nordin, 2014). Untuk setiap Elemen dalam sesebuah kurikulum itu mesti mempunyai :

i) objektif
ii) matlamat
iii) pengalaman pembelajaran
iv) penstrukturan pengalaman pembelajaran


v)  Penilaian pengalaman pembelajaran.




Ralph Tyler (1940) telah mengilhamkan satu model iaitu “The Tyler Model” yang menyatakan empat perkara perlu dititik beratkan dalam proses pembangunan kurikulum iaitu:

i) pengisian kurikulum
ii) penghasilan dan pembentukan kurikulum, pembentukan organisasi dan penyebaran  
iii) penilaian kurikulum
iv) pembangunan pembelajaran.


Gambar : Ralph Tyler 




Perbandingan antara Tyler's model dan Taba's model adalah seperti berikut




Berdasarkan perbandingan di atas, saya melihat negara Malaysia lebih mengikuti model kurikulum seperti yang dibawa oleh Tyler berbanding Taba. Ini kerana, model itu adalah memberi fokus kepada masyarakat secara keseluruhannya. Dari konteks lain pula, Malaysia juga mengikuti model Taba dalam melahirkan pelajar- pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Apakah pendapat anda pula?




No comments:

Post a Comment

Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya

Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya mengajar murid di rumah atau lokasi yang dipersetujui seperti perpustakaan, ...