Thursday, October 11, 2018

REFLEKSI MINGGU 2 (05/10/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tugasan Minggu 2 ialah Pembentangan Mengenai Definisi Kurikulum mengikut kumpulan. Kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan, setiap kumpulan mesti menerangkan dengan jelas maksud definisi itu, apa kaitan dengan  kurikulum di sekolah, bagaimana kurikulum itu dilaksanakan, dan contoh kurikulum di Malaysia dan luar negara yang menggunakan kurikulum jenis itu.

Saya berasa sangat seronok dengan aktiviti ini kerana ia dapat membuka minda saya untuk lebih memahami tentang kurikulum selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi skil dalam memberi pandangan dan hujah.Selain itu, sesi soal jawab juga dibuka selepas setiap kumpulan membentangkan isi masing-masing. Kumpulan saya membentangan Defini Kurikulum 6.

Di sini saya kongsikan sedikit maklumat mengenai definisi - definisi kurikulum yang kami bincangkan.

Definisi 1
- "Curriculum is the permanent subjects that embody essential knowledge".
Definisi 2
 - "Curriculum is those subjects that are most useful for contemporary living".
Definisi 3
 - "Curriculum is all planned learnings for which the school is responsible".
Definisi 4
- "Curriculum is the totality of learning experiences so that students can attain general skills and knowledge at a variety of learning sites".
Definisi 5
- "Curriculum is what the students construct from working with the computer and its networks such as the internet".
Definisi 6
- "Curriculum is the questioning of authority and the searching for complex views of human situations".

Selain itu, kami juga ditugaskan untuk membuat satu poster mengenai Kurikulum mengikut pandangan individu masing - masing. Ini poster daripada saya! 


Pada pandangan saya, Kurikulum adalah satu arahan atau tunjuk ajar yang dibekalkan kepada pelajar dalam menempuhi alam persekolahan. Perjalanan dalam menuntut ilmu adalah pengalaman, para pelajar perlu seronok apabila mempelajari kurikulum dan memberi pengalaman bermakna kepada mereka dalam membentuk modal insan yang berjaya satu hari nanti.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga berjumpa lagi di bahagian lain.
Sekian.

REFLEKSI MINGGU 1 (28/09/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tajuk perbincangan pada minggu ini ialah Definisi Kurikulum di mana pensyarah kami Dr.Dorothy DeWitt telah menerangkan secara terperinci kepada kami mengenai topik yang menarik ini. Secara jujurnya, sebelum mengikuti kursus ini saya mempunyai pandangan sendiri mengenai Kurikulum.

Mengikut kefahaman saya, Kurikulum ini adalah satu arahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dan dirangka sebaiknya oleh pihak berwajib seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam memenuhi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kurilum yang ditulis itu perlu seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan, ia dilaksanakan oleh semua sekolah di negara kita dan juga bahagian- bahagian yang terlibat dalam pendidikan.Kurikulum ini dijadikan penanda aras dalam membentuk generasi yang bijak, berpengetahuan, holistik dan seimbang seterusnya menjadikan sistem pendidikan negara Malaysia berkesan dalam membentuk modal insan yang berjaya.

Curriculum is “the educational program of the school” and divided into four basic elements: 1) program of studies, 2) program of experiences, 3) program of service, 4) hidden curriculum.
- Albert Oliver (1977)

Apa yang saya pelajari di dalam kelas PQI6004 pada minggu ini, sebenarnya definisi Kurikulum itu ada banyak dan berbeza-beza mengikut pandangan dan keperluan di tempat itu sendiri. Di sini saya kongsi sedikit maklumat - maklumat menarik mengenai Kurikulum.
  • Kurikulum berasal daripada perkataan Latin "racecourse".
  • Kurikulum disebut "currere"menurut Pinar (1974)- "the Latin infinitive of curriculum, highlights the running (or lived experience)"
  • Pinar et al. (1995), Pinar (2004) - "Value of curriculum in self-study via an autobiographical method".
  • Marsh dan Willis (2007) menyatakan bahawa terdapat tiga tahap/kategori dalam Kurikulum iaitu "the planned curriculum", "the enacted curriculum", "the experienced curriculum".      
  • Apa itu "live curriculum" dan "innert curriculum"? - Menurut McNeil (2003) menyatakan "live curriculum" itu berlaku apabila guru - guru dan para pelajar berhubung/berinteraksi/berkomunikasi di dalam bilik darjah dengan melakukan aktiviti - aktiviti pmbelajaran yang bermakna dan berkesan.
Setakat ini sahaja perkongsian saya,harap dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Semoga berjumpa lagi di lain bahagian ya.
Sekian.

P/s: Apa pandangan kalian mengenai Kurikulum?




REFLEKSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Blog ini merupakan satu ruangan refleksi saya terhadap apa yang telah saya pelajari di Universiti Malaya bagi kursus APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN DAN REKABENTUK PENGAJARAN (PQI6004), Semester 1 2018/2019. 


Semoga segala perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Segala pandangan, nasihat, cadangan atau sebarang penambahbaikan daripada anda semua amatlah saya alu-alukan.


"Learning is an experience. Everything else is just information" - Albert Einstein.


Semoga berjumpa lagi di bahagian yang lain. Sekian, terima kasih.


Image result for learning quote

Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya

Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya mengajar murid di rumah atau lokasi yang dipersetujui seperti perpustakaan, ...