Tajuk perbincangan pada minggu ini ialah Definisi Kurikulum di mana pensyarah kami Dr.Dorothy DeWitt telah menerangkan secara terperinci kepada kami mengenai topik yang menarik ini. Secara jujurnya, sebelum mengikuti kursus ini saya mempunyai pandangan sendiri mengenai Kurikulum.
Mengikut kefahaman saya, Kurikulum ini adalah satu arahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dan dirangka sebaiknya oleh pihak berwajib seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam memenuhi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kurilum yang ditulis itu perlu seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan, ia dilaksanakan oleh semua sekolah di negara kita dan juga bahagian- bahagian yang terlibat dalam pendidikan.Kurikulum ini dijadikan penanda aras dalam membentuk generasi yang bijak, berpengetahuan, holistik dan seimbang seterusnya menjadikan sistem pendidikan negara Malaysia berkesan dalam membentuk modal insan yang berjaya.
Curriculum is “the educational program of the school” and divided into four basic elements: 1) program of studies, 2) program of experiences, 3) program of service, 4) hidden curriculum.
- Albert Oliver (1977)
- Kurikulum berasal daripada perkataan Latin "racecourse".
- Kurikulum disebut "currere"menurut Pinar (1974)- "the Latin infinitive of curriculum, highlights the running (or lived experience)"
- Pinar et al. (1995), Pinar (2004) - "Value of curriculum in self-study via an autobiographical method".
- Marsh dan Willis (2007) menyatakan bahawa terdapat tiga tahap/kategori dalam Kurikulum iaitu "the planned curriculum", "the enacted curriculum", "the experienced curriculum".
- Apa itu "live curriculum" dan "innert curriculum"? - Menurut McNeil (2003) menyatakan "live curriculum" itu berlaku apabila guru - guru dan para pelajar berhubung/berinteraksi/berkomunikasi di dalam bilik darjah dengan melakukan aktiviti - aktiviti pmbelajaran yang bermakna dan berkesan.
Setakat ini sahaja perkongsian saya,harap dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Semoga berjumpa lagi di lain bahagian ya.
Sekian.P/s: Apa pandangan kalian mengenai Kurikulum?
No comments:
Post a Comment