Thursday, December 13, 2018

REFLEKSI MINGGU 4 (19/10/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Selepas mempelajari definisi kurikulum dalam kuliah yang lalu, saya juga telah memahami perkara - perkara penting yang perlu dalam proses rekabentuk dan juga pembangunan untuk sesebuah kurikulum itu. Bentuk pengajaran boleh terbahagi kepada 3 iaitu : 
i) Learning
ii) Training
iii) Education



Selain itu juga, pada minggu ini ,saya telah mempelajari mengenai dua jenis reka bentuk sistem pengajaran iaitu 
i) Instructional Design (ID) 
ii) Instructional Systems Design (ISD)




Apakah yang dimaksudkan dengan ID dan ISD?



Apakah pula yang dimaksudkan dengan ADDIE Model?

A – Analyze (analisis):
Analisis dibuat bagi menentukan matlamat utama sesebuah pengajaran itu dihasilkan, bagaimana objektif mahu dicapai? apakah hasil pembelajaran yang mahu dilihat? Analisis ini perlu lebih fokus dan terperinci.

D – Design (merekabentuk):
Proses merancang dan mengembangkan matlamat yang hendak dicapai bagi sesebuah pengajaran dan pembelajaran.

D – Development (pembangunan): 
Proses menukarkan idea kepada suatu bentu yang nyata agar matlamat yang dirangka dapat dilaksanakan.

I – Implementation (Implementasi): 
Proses pelaksanaan dan penggunaan segala perancangan yang telah dibuat bagi memastikan sesebuah pengajaran dan pembelajaran itu seperti yang ditetapkan.

E - Evaluation (penilaian): 
Proses penilaian adalah penting supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi meningkatkan mutu dan keberkesanan sesebuah pengajaran dan pembelajaran.


Kelima-lima fasa di dalam Model ADDIE akan melalui satu kitaran diantara fasa tersebut,ia akan sentiasa berlaku untuk sesebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.




Anda boleh melihat dengan lebih terperinci lagi di laman youtube di bawah :

The ADDIE Model :  https://youtu.be/jiLLz1SaxGc
Analysis Phase :  https://youtu.be/JZdv5lrJs4U
Design Phase :  https://youtu.be/BhLIiF9QyTo
Development Phase :  https://youtu.be/VzYDNWhQWYA
Implementation Phase :  https://youtu.be/q8yky6-P1Uw?list=PL20E84CD77B301A20

No comments:

Post a Comment

Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya

Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya mengajar murid di rumah atau lokasi yang dipersetujui seperti perpustakaan, ...