Thursday, October 18, 2018

REFLEKSI (PERBINCANGAN KURIKULUM NEGARA LAIN)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada minggu ini, kami dikehendaki mengkaji tentang kurikulum negara lain, iaitu Kanada. Berdasarkan pengertian kurikulum yang telah dipelajari sebelum ini, apakah definisi kurikulum yang sesuai digunakan bagi Kanada? Dengan merujuk kepada satu dokumen kurikulum Kanada yang telah diberikan, para pelajar telah memberi pendapat dan justifikasi mereka mengenai kurikulum tersebut dan menerangkan mengenai Kurikulum K-12 di Malaysia. Saya akan membuat refleksi mengenainya di dalam blog ini.




Berdasarkan pembacaan saya, Negara Kanada mengamalkan kurikulum mengikut definisi ini “Curiculum is a permanent subject that embody essential knowledge”. Kurikulum ini jelas digunakan di Kanada seawal permulaan tahap pendidikan lagi iaitu pada usia kanak-kanak kerana kepentingan asasnya dalam aspek membaca, menulis, dan keupayaan bekerja dengan nombor.

Dalam muka surat 6, paragraf 4 menyatakan “Throughout schooling, curriculum needs to engage students in rich learning experiences while developing a solid base of literacy and numeracy and social skills”.

Selain itu, definisi “Curriculum is those subjects that are most useful for contemporary living" juga sesuai dengan kurikulum di Kanada. Menurut kurikulum ini ditulis untuk memudahkan perkembangan holistic pelajar di mana mereka mempunyai peluang untuk maju berdasarkan ilmu yang diajar dan diterapkan.

Terdapat satu ayat di dalam dokumen kurikulum Kanada menerangkan tentang provinkal kurikulum yang dibentuk agar pembelajaran lebih bermakna, mendalam dan juga difahami oleh pelajar-pelajar mereka.

“ Alberta’s provincial curriculum is structured and designed to activate deep, meaningful learning and understanding.. “

Ianya dibentuk secara berterusan untuk membentuk perkembangan yang berulang dan bertindih antara satu sama lain. Kurikulum Kanada merangkumi pembangunan dari segi akademi dan juga kemahiran insaniahnya secara menyeluruh seperti kemahiran berkomunikasi, kreatif, berkeyakinan tinggi, berfikir secara kritikal, mampu menyelesaikan masalah dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat setempat mahupun global.

Bagi negara Malaysia pula, kurikulum merangkumi semua aspek dari segi kemahiran, nilai, kebudayaan dan kepercayaan di mana ianya dapat membantu murid dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Fokusnya lebih kepada pendidikan berpusat. Pendidikan berpusat ini bermaksud segala urusan pentadbiran yang berkaitan dengan sistem pendidikan adalah berteraskan kepada kurikulum yang telah ditetapkan. Tetapi untuk kurikulum ini, ianya hanya meliputi sekolah kebangsaan, sekolah cluster, dan sekolah cina dalam sekolah peringkat rendah dan menengah. Selain itu, terdapat juga sekolah-sekolah lain seperti sekolah vokasional, giat mara institusi, sekolah seni dan institusi latihan perindustrian. Sekolah-sekolah ini lebih mementingkan kemahiran jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan yang mana lebih mementingkan akedemik.

Kesimpulannya, kurikulum di Kanada lebih berpusatkan kepada kemajuan diri pelajar itu sendiri dan di Malaysia pula,kurikulum K-12 adalah meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Malaysia juga memberi tumpuan pada silibus dan masih berorentasikan peperiksaan. Namun begitu, penerapan nilai-nilai semasa proses pembelajaran amatlah dititik beratkan. Akhir kata, setiap kurikulum itu mempunyai kebaikan dan keburukannya masing-masing dan mengikut matlamat pendidikan negara itu sendiri.



Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya

Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya mengajar murid di rumah atau lokasi yang dipersetujui seperti perpustakaan, ...