Thursday, December 13, 2018

REFLEKSI MINGGU 12 (21/12/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini merupakan kelas yang terakhir bagi matapelajaran Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran (PQI6004) untuk pengajian DPP Semester 1 (2018/2019). Untuk kelas terakhir ini pensyarah yang kami sayangi dan hormati telah membuat  rumusan tentang apa yang telah kami pelajari selama ini. Beliau juga berkongsi tips peperiksaaan akhir yang akan bermula pada 02/01/2019 hingga 07/01/2019. Tarikh  peperiksaan untuk  matapelajaran ini adalah pada 04/01/2019.


Semoga berjaya sahabat - sahabat seperjuanganku!!




REFLEKSI MINGGU 11 (14/12/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kelas kami pada hari ini diserikan dengan pembentangan tentang perbandingan kurikulum negara masing-masing mengikut kumpulan serta pelan pembelajaran yang telah direkabentuk mengikut program atau subjek yang telah mereka pilih. Semua kumpulan menyampaikan pembentangan mereka dengan begitu baik sekali.


Minggu ini merupakan refleksi terakhir bagi kami. Sedih rasanya, baru semalam rasanya kami berkenalan dengan Dr terutamanya. Hampir 12 minggu kami berjumpa pada setiap kelas, begitu banyak input yang saya dapat daripada pensyarah dan juga teman - teman seperjuangan. Ini lah yang dinamakan pengalaman belajar, dan  ia akan menjadi lebih bermakna jika dapat diaplikasi dan disumbangkan kepada masyarakat di luar sana. 




Image

Di akhir sesi , kami semua merakam gambar kenangan bersama pensyarah kami, Dr.Dorotti Dewitt. Terima kasih Dr.atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan. 



REFLEKSI MINGGU 10 (07/12/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu yang sangat sibuk. Kami dalam rangka terakhir menyiapkaan Pelan Pengajaran dan Pembelajaran untuk dihantar kepada pensyarah.





Apa yang dapat saya simpulkan mengenai pelan pengajaran kumpulan kami ,kami banyak mengggunakan  perkaitan bidang statistik dalam kehidupan seharian. Di antara salah satu cara yang diterapkan ialah dengan menggalakkan pelajar berdiskusi sesama mereka dalam mencari jawapan terhadap konsep  dan prosedur yang terlibat, bukan dengan menggunakan formula  semata -mata. Kami kaitkan dengan aplikasi  sebenar dan menggalakkan  para pelajar memberi penaakulan supaya mereka dapat berfikir secara statistik. 

REFLEKSI MINGGU 9 (30/11/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pada kelas hari ini kami belajar mengenai Pedagogy, Andragogy dan Heutagogy. Penjelasan adalah seperti berikut





Hubungan antara tiga perkara penting ini diterangkan seperti rajah di bawah







Seterusnya, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan membentangkan  mengenai 'Blended Learning'




REFLEKSI MINGGU 8 (23/11/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Image result for discussion

Pada mingu ini kami telah berpeluang untuk meneruskan sesi perbincangan untuk tugasan perbandingan kurikulum kumpulan masing-masing. Tugasan kami bertajuk Perbandingan kurikulum antara Malaysia dan negara yang kami telah pilih. Sebagaimana yang saya terangkan di dalam refleksi yang lepas,  kami telah membuat perbandingan antara kurikulum Malaysia, Australia, Malta, Indonesia dan New York untuk pendidikan menengah. Setiap ahli kumpulan kami dikehendaki mencari dokumen kurikulum asli bagi negara yang telah dipilih serta membuat pembacaan melalui jurnal - jurnal supaya perbandingan yang dibuat ini lebih tepat dan memberi makna.


Setelah perbandingan kurikulum bagi negara  -  negara tersebut dibuat, kami harus menyediakan satu pelan pengajaran untuk kumpulan  kami sendiri. Kami telah memilih tajuk Kecederungan Memusat (Mod, Median, Mean) untuk peringkat menengah. Tajuk ini adalah di bawah  tema Statistik  dan Kebarangkalian. Pensyarah telah menyeru kami sebagai pelajar agar mengunakan pemikiran kognitif, kreatif dan inovatif. Untuk pelan pengajaran kami ini, kami telah memilih model Gagne 's Nine Step of Instruction dalam merekabentuk pengajaran seperti yang kami telah belajar. 

Image result for discussion quotes

Secara keseluruhannya, kami telah mencapai kata sepakat untuk memperbaiki segala kelemahan kami pada sebelum ini dan berazam untuk menghasilkan yang terbaik pada masa akan datang. Sesungguhnya bekerja dalam kumpulan ini adalah sangat penting, ianya memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua ahli kumpulan selain dapat memupuk semangat kerjasama dan bertoleransi sesama kami. 

Kumpulan  kami dapat berbincang ini kami dapat berbincang dengan baik dan pembahagian tugas juga berlaku secara adil. Dengan persefahaman yang  wujud di antara ahli kumpulan dapat menghasilkan kerja yang berkualiti. Idea - idea yang bernas juga dapat dikongsi bersama. Dengaan komitmen yyang diberikan ini juga  akan membentuk kami menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan berdedikasi semasa membuat tugasan yang diberi.





REFLEKSI MINGGU 7 (16/11/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada kelas kali ini, Dr Dorothy hanya membuat sesi maklumbalas tentang tugasan perbandingan kurikulum empat buah negara dengan Malaysia, tugasan ini yang telah kami hantar pada Minggu ke 6 iaitu sebelum cuti pertengahan semester. Maklumbalas yang diberi oleh pensyarah adalah begitu penting  kepada kami. 

Melalui komen dan maklum balas yang diberiikan, kumpulan kami berpeluang membuat kajian tambahan lagi tentang kurikulum negara - negara yang kami pilih. Dr. Dorothy menyuruh kami berbincang dalam kumpulan tentang apa yang perlu diperbaiki lagi.

Tugasan Perbandingan kurikulum ini merupakan suatu tugasan penilaian yang berterusan. Ahli kumpulan saya:


Siti Zaitulnah Binti Othman @ Abdullah
Nur Shamim Binti Hamzah
Muhammad Aniq Bin Muhammad Zaini
Nik Fatiyah Binti N Mohd Farid


Bagi kumpulan kami telah membuat perbandingan antara kurikulum Malaysia, Australia, Malta, Indonesia dan New York untuk pendidikan menengah. 

Image result for malaysia  
 Image result for malta flag Image result for indonesia flag

Image result for australia flag  Image result for new york flag

Perbandingan - perbandingan yang dilakukan adalah merangkumi 6 aspek penting seperti berikut;
           1.Matlamat    
           2.Objektif / Hasil Pembelajaran    
           3.Pengalaman Pembelajaran
           4.Struktur Pengalaman Pembelajaran    
           5.Penilaian Pengalaman Pembelajaran
            6.Kekuatan dan  Kelemahan
Image result for comparison



REFLEKSI MINGGU 6 (02/11/2018 - FRIDAY)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Di dalam kuliah yang lalu, saya berpeluang memahami lebih mendalam mengenai ADDIE model. Terdapat banyak lagi model rekabentuk pembelajaran yang boleh digunakan. Antara model yang saya tahu dalam kuliah minggu ini adalah :
  • ADDIE Model
  • Nine Step of Instruction
  • Dick and Carey Instructional Model
  • ASSURE Model
  • Gerlach and Ely Instructional Design Model
  • Kemp Design Model
  • Kirkpatrick Model : 4 Levels of Learning Evaluation
Cara pembelajaran pada minggu ini adalah sedikit  berbeza di mana kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan apa yang diberikan oleh pensyarah  mengenai Gagne's Nine Step of Instruction. Kami akan membincangkan setiap step yang ada dalam model itu dan pensyarah kami juga akan menghuraikan dengan lebih terperinci jika masih ada kekeliruan selepas ituu. Saya berasa teruja dengan perbincangan yang dapat membuka minda sebegini, kami lebih tertarik untuk belajar dan dapat menerima serta memberi pandangan masing-masing. Hubungan sesama rakan juga menjadi semakin rapat kerana kami bekerjasama di bawah satu kumpulan. Cara sebegini boleh diaplikasi dalam sessi pengajaran dan pembelajaran di sekolah apabila menjadi tenaga pengajar suatu hari nanti.



Untuk bahagian seterusnya, kami sekelas dikehendaki mencari perbezaan dan persamaan antara model-model lain yang telah diberikan di atas ini. Sebenarnya,terdapat banyak cara dalam merekabentuk pelan pengajaran dan pembelajaran, terpulang kepada kita mahu mengadaptasikan model yang manna pun.Setiap cara itu walaupun berbeza mempunyai suatu persamaan juga seperti tujuan atau objektif, menilai kefahaman pelajar, menerangkan dan sebagainya.










Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya

Home Tuition Shah Alam/ Klang / Subang / Petaling Jaya mengajar murid di rumah atau lokasi yang dipersetujui seperti perpustakaan, ...